Sunday, June 28, 2009

eden nak brkongsi cerita ni

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa
dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam
gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian,
si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya
setuju
dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka
bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang
terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan,
mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami.
Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar
2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak
dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata
isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan
..."
jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja
dan
berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan
senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun
di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku
tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang
kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang
kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada
yang
perlu diperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi
diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,
sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita...
INSYA ALLAH.""

No comments:

Post a Comment