Tuesday, July 21, 2009

pakaian remaja kini

pakaian kita "REMAJA" Message:

"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara.

Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.

Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan 'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.

Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.

Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa.

Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah. Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit.

Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian.

Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut.

Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa.

Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Paling penting hukum Islam jangan dipermainkan.

hukum horoskop

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.

Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undan! g-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop.

Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu.

Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diaperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul pe rasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.

Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya.

Monday, July 13, 2009

Friday, July 3, 2009

kenangan ku lagi


Gambar ni pulak kami ambik masa kat pulau babi tengah.. Pulau ni dimiliki oleh x student RMC... pulau neh pulau persendirian... x student RMC dikenali sebagai OP(old putra) tempat ni jadi tempat dia dgn member2 berehat waktu ujung minggu. pic kiri tu dari kiri mangga, zamir, fahmi( ha aku lah tu),hasif lim beng swan, qaiyum,mc... yg duduk lak dri kiri asri, hamdi, bajau, ganu n last pie.

ish tak reti la nak cerita banyak2, teringat balik kenangan lama... aduh bila lah nak reunite ni

kenangan Ku

Tersebutlah kisah sewaktu aku form4 , kami bergambar ni selepas habis latihan tembak dan gerak. Latihan ni mengajar kami menawan kubu lawan. Kami menggunakan raifel m-16. Berat senjata lebih kurang 2.4 kg. Sewaktu latihan ini kami hanya dibekalkan dengan peluru kapur. Agak-agak lah kan nak menggunakan peluru hidup. kalau tertembak rakan2 terus arwah la. menggunakan peluru kapur agak leceh la, setiap kali selepas tekan picu kena laras semula.

kami menjalani latihan ni di Kuala Sedili, Mersing Johor..

Sunday, June 28, 2009

isu seterusnya...



Lelaki vs Perempuan


.... sekadar renungan ~!!


Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,

Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.

Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,

Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.


Bila meja lelaki bersepah-sepah,

Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.

Bila meja wanita bersepah-sepah,

Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.


Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.

Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.


Bila lelaki tidak berada di mejanya,

Mesti dia tu tengah pergi meeting,

Bila wanita tidak berada di mejanya,

Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,


Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.

Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi keluar bershopping.


Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.

Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.


Bila BOSS mengkritik lelaki,

Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.

Bila BOSS mengkritik wanita,

Selepas ini mesti dia merajuk.


Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,

Adakah dia marah?

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,

Adakah dia menangis?


Bila lelaki akan berkahwin,

Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.

Bila wanita akan berkahwin,

Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.


Bila lelaki mempunyai anak,

Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.

Bila wanita mempunyai anak,

Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.


Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,

Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.

Bila wanita keluar untuk urusan perniagaan,

Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?


Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,

Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.

Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,

Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian



haa cpt2 la hantar komen masing2

apa kata hati....